6.
Dalam hubungan dengan Pasal 11, 12, 16 dan 18 istilah "badan menurut undang-undang " berarti setiap badan kerja sama terlepas dari nama seperti yang sudah dikenal, yang digabungkan menurut ketentuan-ketentuan yang sudah dikenal, yang digabungkan menurut ketentuan-ketentuan Perundang-undangan tertulis dan merupakan suatu kewenangan umum atau suatu perantara atau suatu agen dari: (a)Pemerintah Malaysia atau setiap negara federasi tetapi tidak termasuk pejabat daerah dan badan usaha yang tergabung dalam Undang-Undang Badan Usaha tahun 1965; (b)Pemerintah Republik Indonesia tetapi tidak termasuk pejabat daerah dan badan usaha yang tergabung dibawah Undang-Undang No. 9 tahun 1969 jo Peraturan Pemerintah No. 12 tahun 1969. SEBAGAI BUKTI para penanda tangan dibawah ini, yang telah diberi kuasa yang sah oleh masing-masing Pemerintah, telah menandatangani Persetujuan ini. DIBUAT dalam rangkap dua di Kuala Lumpur tanggal 12 September tahun 1991 dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris, yang ketiganya adalah sama. Dalam hal terjadi perbedaan penafsiran dan pelaksanaan dari persetujuan ini teks dalam Bahasa Inggeris yang akan digunakan. UNTUK PEMERINTAH ttd j. B. Sumarlin Menteri Keuangan UNTUK PEMERINTAH MALAYSIA ttd Anwar Ibrahim Menteri Keuangan LAMPIRAN II:KEPUTUSAN NOMOR 31 TAHUN 1992 PERJANJIAN DI ANTARA KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA DENGAN KERAJAAN MALAYSIA BAGI MENGELAKKAN CUKAI DUA KALI DAN MENCEGAH PELARIAN FISKAL BERKENAAN DENGAN CUKAI-CUKAI ATAS PENDAPATAN Kerajaan Republik Indonesia dan Kerajaan Malaysia berhasrat untuk membuat suatu Perjanjian bagi mengelakkan cukai-cukai dua kali dan mencegah pelarian fiskal berkenaan dengan cukai-cukai atas pendapatan, telah bersetuju seperti berikut: Perkara 1 BIDANG KUASA Perjanjian ini hendaklah terpakai bagi orang-orang yang menjadi pemastautin satu daripada atau kedua-dua Negara Pejanji. Perkara 2 CUKAI-CUKAI YANG DILIPUTI 1.Perjanjian ini hendaklah terpakai kepada cukai-cukai atas Pendapatan yang dikenakan oleh Negara Pejanji, tanpa mengira caranya cukai-cukai itu dikenakan. 2.Cukai-cukai yang menjadi perkara Perjanjian ini ialah: (a)di Indonesia, cukai pendapatan (pajak penghasilan); (kemudian daripada ini disebut sebagai "cukai Indonesia"). (b).di Malaysia: (i)cukai pendapatan dan cukai keuntungan berlebihan; (ii)cukai pendapatan tambahan, yaitu, cukai pembangunan; dan (iii)cukai pendapatan petroleum; (kemudian daripada ini disebut sebagai "cukai Malaysia"); 3.Perjanjian ini hendaklah juga terpakai bagi apa-apa cukai yang serupa atau yang sebahagian besarnya sama dengan ditandatangani sebagai tambahan kepada, atau sebagai ganti, cukai-cukai yang sedia ada. Pihak berkuasa yang kompeten bagi Negara-negara Pejanji hendaklah memberitahu satu sama lain tentang apa-apa perubahan penting yang telah dibuat dalam Undang-undang Percukaian mereka masing-masing. Perkara 3 TARIF AM 1.Bagi maksud-maksud Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: (a)istilah "Indonesia" terdiri dari Wilayah Republik Indonesia sebagaimana yang ditarifkan dalam undang-undangnya, dan sebahagian daripada Pelantar Benua dan lautan yang bersepadan, yang ke atasnya Republik Indonesia mempunyai pemerintahan berdaulat, hak-hak lain menurut undang-undang antarbangsa; (b)istilah "Malaysia" artinya Persekutuan Malaysia dan termasuklah mana-mana kawasan yang bersepadanan dengan perairan Wilayah Malaysia yang, menurut undang-undang antar bangsa, telah atau mungkin kemudian dari pada ini ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia mengenai pelataran benua sebagai suatu kawasan yang didalamnya Malaysia boleh menjalankan hak-hak berkenaan dengan penyelidikan dan pengekploitas sumber-sumber alamnya, sama ada yang hidup atau tak hidup, didasar laut dan tanah bawah perairan superjasen; (c)istilah "Negara Pejanji" dan "Negara Pejanji yang satu lagi" artinya Indonesia atau Malaysia mengikut kehendak konteksnya; (d)istilah "cukai" artinya cukai Indonesia atau cukai Malaysia, mengikut kehendak konteksnya; (e)istilah "orang" termasuk seseorang individu, suatu syarikat dan lain-lain kumpulan orang yang disifatkan sebagai entiti bagi maksud-maksud cukai; (f)istilah "syarikat" artinya sesuatu pertumbuhan perbadanan atau sesuatu entiti yang disifatkan sebagai suatu pertumbuhan perbadanan bagi maksud-maksud cukai; (g)istilah "perusahaan suatu Negara Pejanji" dan "perusahaan Negara Pejanji yang satu lagi" masing-masingnya berarti suatu perusahaan yang dijalankan oleh seorang pemastautin suatu Negara Pejanji dan sesuatu perusahaan yang dijalankan oleh pemastautin Negara Pejanji yang satu lagi; (h)istilah "rakyat" artinya: (i)mana-mana individu yang memiliki kewarganegaraan atau kerakyatan sesuatu Negara Pejanji; (ii)mana-mana orang di sisi undang-undang, perkongsian, pertumbuhan dan apa-apa entiti lain daripada undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negara Pejanji; (i)istilah "lalulintas antar bangsa" artinya apa-apa pengakuan oleh suatu kapal atau pesawat udara yang dikendalikan oleh perusahaan suatu Negara Pejanji, kecuali apabila kapal atau pesawat udara itu dikendalikan semata-mata di antara tempat-tempat dalam Negara Pejanji yang satu lagi itu; (j)istilah "pihak berkuasa yang kompeten" artinya: (i)mengenai Indonesia, Menteri Kewenangan atau wakilnya yang diberikuasa; (ii)mengenai Malaysia, Menteri Kewenangan atau wakilnya yang diberikuasa; 2.Pada pemakaian Perjanjian ini oleh suatu Negara Pejanji, apa-apa istilah yang tidak ditarifkan di dalamnya hendaklah, melalikan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, mempunyai arti yang sama seperti di bawah undang-undang Negara Pejanji itu berkenaan dengan cukai-cukai yang Perjanjian ini terpakai baginya. Perkara 4 PEMASTAUTIN 1.Bagi maksud-maksud Perjanjian ini, istilah "pemastautin bagi suatu Negara Pejanji" artinya: (a)dalam hal Indonesia, seseorang yang bermastautin dalam Indonesia bagi maksud-maksud cukai Indonesia. (b)dalam hal Malaysia, seseorang yang bermastautin dalam Malaysia bagi maksud-maksud cukai Malaysia; dan Jika, oleh sebab peruntukan-peruntukan perenggan 1, seseorang individu adalah pemastautin di kedua-dua Negara Pejanji, maka statusnya hendaklah ditentukan seperti berikut: (a)dia hendaklah disiratkan sebagai pemastautin Negara di mana dia mempunyai tempat kediaman tetap yang tersedia baginya. Jika dia mempunyai tempat kediaman tetap yang tersedia baginya di kedua-dua Negara, maka dia hendaklah disitatkan sebagai pemastautin Negara yang dengannya perhubungan pribadi dan ekonominya adalah lebih rapat (pusat kepentingan perlu); (b)jika Negara di mana dia mempunyai pusat kepentingan perlunya tidak dapat ditentukan, atau jika dia tidak mempunyai tempat kediaman tetap yang tersedia baginya dalam salah satu Negara di mana dia mempunyai tempat tinggal yang lazim; (c)jika dia mempunyai tempat tinggal yang lazim di kedua-dua Negara atau tidak mempunyai tempat tinggal yang lazim di salah satu Negara, pihak-pihak berkuasa yang kompeten bagi Negara-Negara Pejanji itu hendaklah menyelesaikan soal ini dengan cara persetujuan bersama. 3.Jika, oleh sebab perenggan 1, seseorang yang lain daripada seorang individu adalah pemastautin di kedua-dua Negara Pejanji, pihak-pihak berkuasa yang kompeten di kedua-dua Negara Pejanji hendaklah dengan persetujuan bersama berusaha untuk menyelesaikan soal itu dengan memberi perhatian kepada pengurusan sehari ke seharinya, tempat di mana ia diperbadankan atau selainnya ditubuhkan dan apa-apa faktor lain yang relevan. (a)penyenggaraan suatu tempat perniagaan yang tetap semata-mata bagi tujuan pembelian barang-barang atau dagangan, atau bagi mengumpul maklumat, untuk perusahaan itu; (b)penyenggaraan suatu tempat perniagaan yang tetap semata-mata bagi maksud menjalankan, apa-apa aktiviti lain yang bersitat persediaan atau tambahan untuk perusahaan itu. 4.Suatu perusahaan bagi Negara Pejanji hendaklah disitatkan sebagai mempunyai suatu establismen yang tetap dalam Negara Pejanji yang satu lagi sekiranya: (a)ia menjalankan aktiviti-aktiviti penyeliaan dalam Negara yang satu lagi itu selama lebih daripada enam bulan berkaitan dengan suatu pembinaan, pepasangan atau proyek pemasangan yang sedang diusahakan dalam Negara yang satu lagi itu; atau (b)sebahagian Dasar kelengkapan yang berada dalam Negara yang satu lagi itu sedang digunakan atau dipasang oleh, bagi atau di bawah kontrak dengan; perusahaan itu. 5.Seseorang (selain daripada seorang proker, ejen komisen am atau mana-mana ejen lain yang bertaraf bebas yang baginya perenggan 6 terpakai) yang bertindak dalam suatu Negara Pejanji bagi pihak suatu perusahaan Negara Pejanji yang satu lagi hendaklah disifatkan sebagai suatu establismen tetap dalam Negara yang mula-mula disebut itu jika: (a)ia mempunyai, dan lasimnya menjalankan dalam Negara Pejanji yang mula-mula disebut itu, suatu kuasa untuk membuat kontrak atas nama perusahaan itu, melainkan jika aktiviti-aktivitinya adalah terhad kepada membeli barang-barang atau dagangan untuk perusahaan itu; (b)ia menyenggara dalam Negara Pejanji yang mula-mula disebut itu suatu stok barang-barang atau dagangan kepunyaan perusahaan daripada mana ia selalunya memenuhi pesanan-pesanan bagi pihak perusahaan itu; atau (c)ia mengilang atau memproses dalam Negara Pejanji yang mula-mula disebut bagi perusahaan itu barang-barang atau dagangan kepunyaan perusahaan itu. Perkara 5 ESTABLISMEN TETAP 1.Bagi maksud-maksud Perjanjian ini, istilah "establismen tetap" artinya suatu tempat perniagaan yang tetap di mana kesemua atau sebahagian daripada perniagaan perusahaan itu dijalankan. 2.Istilah "establismen tetap" hendaklah termasuk terutama sekali: (a)suatu tempat pengurusan; (b)suatu cawangan; (c)suatu pejabat; (d)suatu kilang; (e)suatu waksyop; (f)suatu lombong, suatu telaga minyak atau gas, suatu kuari atau tempat lain bagi pengeluaran sumber-sumber alam termasuklah kayu atau keluaran hutan yang lain; (g)suatu kebun atau ladang; (h)suatu tapak bangunan atau pembinaan, pepasangan atau projek pemasangan yang sedia ada selama lebih daripada enam bulan; (i)memberi perkhidmatan, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan perundingan, oleh suatu perusahaan melalui pekerjaan atau orang lain (selain daripada seorang ejen yang bertaraf bebas dalam erti peranggan 6) di mana aktiviti-aktiviti jenis itu berterusan (bagi projek yang sama atau berkaitan) dalam Negara Pejanji yang satu lagi bagi suatu tempoh atau tempoh-tempoh yang agregartnya lebih dari tiga bulan dalam mana-mana tempoh sua belas bulan. 3.Istilah "establismen tetap" tidak boleh disifatkan sebagai termasuk: (a)penggunaan kemudahan-kemudahan semata-mata bagi tujuan penyimpanan atau pameran barang-barang atau dagangan kepunyaan perusahaan itu; (b)penyenggaraan suatu stok barang-barang atau dagangan kepunyaan perusahaan itu semata-mata bagi tujuan penyimpanan atau pameran; (c)penyenggaraan suatu stok barang-barang atau dagangan kepunyaan perusahaan itu semata-mata bagi tujuan pemprosesan oleh suatu perusahaan yang lain; 4.Suatu perusahaan bagi suatu Negara Pejanji tidak boleh disifatkan sebagai mempunyai establismen tetap dalam negara Pejanji yang satu lagi itu hanya karena ia menjalankan perniagaan dalam Negara yang satu lagi itu melalui seorang broker, ejen komisen am atau mana-mana ejen lain yang bertaraf bebas, jika orang-orang sedemikian bertindak dalam perjalanan biasa perniagaan mereka. Walaupun bagaimanapun, apabila aktiviti-aktiviti ejen itu dijalankan kesemuanya atau hampir kesemuanya bagi pihak perusahaan itu, ia tidak boleh dianggap sebagai ejen yang bertaraf bebas dalam pengertian perenggan ini. 5.Hakikat bahwa suatu syarikat yang menjadi pemastautin suatu Negara Pejanji mengawal atau dikawal oleh suatu syarikat yang menjadi pemastautin Negara Pejanji yang satu lagi itu atau yang menjalankan perniagaan dalam Negara Pejanji yang satu lagi itu (sama ada melalui suatu establismen tetap atau selainnya), tidak boleh dengan sendirinya menjadikan mana-mana satu syarikat itu suatu establismen tetap bagi syarikat yang satu lagi itu. Perkara 6 PENDAPATAN DARIPADA HARTA HAK ALIH 1.Pendapatan yang diperolehi oleh seorang pemastautin suatu Negara pejanji daripada harta tak alih yang terletak dalam Negara Pejanji yang satu lagi boleh dicukai dalam Negara Pejanji yang satu lagi itu. 2.Bagi maksud-maksud Perjanjian ini, istilah "harta tak alih" hendaklah ditakrifkan mengikut undang-undang Negara Pejanji di mana harta itu terletak. Bagaimanapun, istilah ini hendaklah termasuk harta tambahan kepada harta tak alih, ternakan dan kelengkapan yang digunakan dalam pertanian dan kehutanan, hak-hak yang peruntukan-peruntukan undang-undang am berkenaan dengan harta tanah terpakai baginya, usufruk bagi harta tak alih dan hak-hak kepada pembayaran boleh-ubah atau tetap sebagai balasan kerana mengusahakan, atau hak untuk mengusahakan, longgokan galian, telaga minyak atau telaga gas, kuari-kuari dan tempat lain bagi pengeluaran sumber-sumber alam termasuklah kayu atau hasil-hasil hutan yang lain. Kapal, bot dan pesawat udara tidak boleh dianggap sebagai harta tak alih. 3.Peruntukan-peruntukan perenggan 1 hendaklah juga terpakai terhadap pendapatan yang diperolehi daripada penggunaan secara langsung, penyewaan atau penggunaan harta tak alih dalam apa-apa cara lain. 4.Peruntukan-peruntukan perenggan 1 dan 3 hendaklah juga terpakai terhadap pendapatan daripada harta tak alih sesuatu perusahaan dan terhadap pendapatan daripada harta tak alih yang digunakan bagi pelaksanaan perkhidmatan-perkhidmatan profesional. Perkara 7 KEUNTUNGAN PERNIAGAAN 1.Keuntungan suatu perusahaan suatu Negara Pejanji hendaklah dikenakan cukai hanya dalam Negara itu, melainkan jika perusahaan itu menjalankan perniagaan dalam Negara Pejanji yang satu lagi itu melalui suatu establismen tetap yang terletak di dalamnya. Jika perusahaan itu menjalankan perniagaan seperti yang disebut terdahulu, maka keuntungan perusahaan itu boleh dicukai dalam Negara yang satu lagi itu tetapi hanya atas sekian banyak daripada keuntungan itu yang boleh dikaitkan dengan establismen tetap itu. 2.Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan 3, jika sesuatu perusahaan bagi suatu Negara Pejanji menjalankan perniagaan dalam Negara Pejanji yang satu lagi melalui suatu establismen tetap yang terletak di dalamnya, maka hendaklah, dalam tiap-tiap Negara Pejanji, dikaitkan dengan establismen tetap itu keuntungan yang dijangka mungkin diperolehi olehnya jika ianya suatu perusahaan yang berlainan dan bersaingan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama atau serupa di bawah keadaan-keadaan yang sama atau serupa dan berurusan dengan sepenuh kebebasan dengan perusahaan yang lainnya menjadi suatu establismen tetap. 3.Pada menentukan keuntungan suatu establismen tetap, maka hendaklah dibenarkan sebagai potongan perbelanjaan, termasuk perbelanjaan menjalankan kerja dan pentadbiran am, yang akan boleh ditolak jika establismen tetap itu adalah suatu perusahaan bebas, setakat mana perbelanjaan menjalankan kerja dan pentadbiran am itu diperuntukkan dengan munasabahnya kepada establismen tetap itu atau di tempat lain. 4.Jika maklumat itu didapati oleh pihak berkuasa yang kompeten adalah tidak mencukupi bagi menentukan keuntungan yang hendak dikaitkan dengan establismen tetap sesuatu perusahaan, tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menyentuh pemakaian mana-mana undang-undang Negara itu berhubungan dengan penentuan liabiliti cukai seseorang itu dengan menggunakan budi bicara atau pembuatan sesuatu anggaran oleh pihak berkuasa yang kompeten, dengan syarat bahawa undang-undang itu hendaklah terpakai, setakat mana maklumat yang didapati oleh pihak berkuasa yang kompeten itu membenarkan, menurut prinsip Perkara ini. 5.Tiada apa-apa jua keuntungan boleh dikaitkan dengan suatu establismen tetap hanya kerana establismen tetap itu membeli barang-barang atau dagangan untuk perusahaan itu. 6.Bagi maksud perenggan-perenggan di atas, keuntungan yang hendak dikaitkan dengan establismen tetap itu hendaklah ditentukan dengan cara yang sama dari setahun ke setahun melainkan terdapat sebab yang baik dan mencukupi sebaliknya.